• Click here to read my personal stories.
  • Click here to read my technology review like Windows 7 and Symbian smartphones.
  • Here is my review about Events like PIKOM PC Fair, GoMobile Expo and Kuala Lumpur International Book Fair.

[Video] Drop Test & Hammer Test - Nokia Lumia 900 vs Nokia 3310

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ;D

Tak tau nak kata macam mana, Nokia memang hebat kalau bab-bab kualiti & ketahanan ni. Nokia Lumia 900 vs 3310? Agak-agak mana yang pecah ehh? Hihi. Klik 'read more' untuk selanjutnya!


Korang masih ingat video Nokia Lumia 900 yang jadi hammer tuu? Kalau belum tengok, mehh tengok video kat bawah ni dulu.


Hahh, bagi yang dah tengok video kat atas ni, ni satu lagi orang kata 'video balas' untuk video tersebut. Tapi yang ni betul-betul lagi rageeeeee. Arib yang tengok ni pun telan air liur. Rasa macam kejam sangat :( Haha, okay, kita lihat video di bawah.


So amacam? Korang tengok sampai habis? Kejam kan? Haha. Kesian Nokia Lumia 900 tuu. Dah separuh nazak disebabkan drop test, kena hentam lagi dengan penukul pulak. Bukannya tukul besi yang ketuk paku tuu tapi tukul besar!

Hurmmm, rasa macam teruja pun ada sebab 3310 kelihatan elok jea even drop test yang sama dilakukan seperti mana pada Nokia Lumia 900. Tak rosak pun. Hidup sihat walafiat. Kena hentam dengan penukul besi yang besar tuu pun macam takde kesan dekat body dalam dia. Siap boleh ON lagi :o Apapun, Nokia 3310 still menjadi handphone yang masih kuat sehingga ke hari ini. Proud user of Nokia 3310. Haha.


Walaupun 2012 zaman phone canggih, saya still lagi guna 3310 ni. Ihiks.

Btw, video drop & hammer test ni hasil daripada Gizmo Slip yang sememangnya terkenal dengan video drop test dari mereka. Kalau korang tengok channel youtube mereka, haha, habis jahanam gadget-gadget ni dengan drop test. Bila sesuatu gadget tuu fail kat drop test, hahh, mereka ni akan musnahkan gadget tuu dengan sekejam-kejamnya. Muahaha.


Apa yang menarik tentang video drop test Gizmo Slip, mereka ni akan buat tiga stage drop test iaitu drop test belakang phone, drop test dekat bahagian sisi phone, dan akhir sekali bahagian yang memang kebanyakkan device fail drop test iaitu drop test bahagian muka phone. Apa yang menarik lagi, kebanyakan drop test yang diorang buat ni dirakam dengan kamera slow motion. Korang boleh tengok bagaimana cermin atau badan phone retak, patah, pecah dengan cantik sekali. Hihi.




Semoga orang tuu jaga Samsung Galaxy SIII elok-elok u_u

So kalau korang bercadang nak tengok sesuatu kekuatan dan ketahanan phone, korang boleh pergi ke channel Youtube Gizmo Slip. Sebagai penutup tirai, mari kita saksikan iPad 2 dimusnahkan dengan menggunakan kapak. Hohoho.


Sekian sahaja untuk kali ni. Terima kasih kerana membaca! Sekian, wassalam :)

Nota Arib: Video Gizmo Slip paling ngeri bagi saya rasanya drop test The New iPad -.-"

Tentang Penulis
Seorang yang suka dengan dunia komputer dan gadget. Berpengalaman luas dalam dunia telefon bimbit. Ikuti beliau di Twitter: @aribismail dan Facebook: Arib Ismail untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan dunia IT.

0 Comments:

Post a Comment

 
Arib Ismail © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top