• Click here to read my personal stories.
  • Click here to read my technology review like Windows 7 and Symbian smartphones.
  • Here is my review about Events like PIKOM PC Fair, GoMobile Expo and Kuala Lumpur International Book Fair.

Ini Cerita Raya Tahun 2011 Saya!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ;D

Hello hello! Apa khabar semua! Hahh, macam mana dengan raya korang? Best? Ada dengar-dengar la kan duit raya tuu ada dah sampai 3 angka, hoho. Raya Arib? Okay jea, hehe. Klik 'read more' untuk selanjutnya!


1. Firstly, Arib nak ucapkan selamat hari raya kepada semua pembaca. Maaf la yea sebab lambat update.

2. Okay, macam tahun-tahun lepas jugak, tahun ni Arib beraya di Johor. Hari last puasa dan malam raya berada di Batu Pahat iaitu kampung sebelah ayah dan pagi raya berada di Kulai, Johor iaitu kampung sebelah mak. Memang senang dua-dua kat Johor. Masalah nak balik kampung mana tu memang takde, hee.

3. Kalau nak cerita dari segi meriah atau tak, malam raya dan first day raya paling meriah bila beraya dengan family sebelah mak. Family sebelah ayah pulak rasa meriah time raya ketiga. Sebabnya waktu tu lah family semua ada bersama.

4. Cuma tahun ni, malam raya tak dapat berada di Kulai sebab semua dah letih pulak masa tuu. So, tidur lah kat Batu Pahat masa malam raya tu. Rasa kurang meriah sebab family Arib, nenek dengan seorang pak cik jea ada kat situ. Family sebelah ayah yang lain semuanya gather masa raya ketiga. Apapun, adik-adik Arib ni lah yang menghangatkan malam raya tu dengan bermain bunga api dan mercun. Serba sedikit rasa lah jugak esok nak raya.

5. Raya pertama, lepas Subuh terus bergerak ke Kulai. Hoho, kat sana memang meriah. Tahun ni rasanya family ramai kowt. Okay, sampai-sampai sana terus makan then solat sunat hari raya. Habis solat, sesi bermaaf-maafan and then photography session. Tahun ni tema baju family Arib warna Turquoise + Ungu. Mula-mula pakai tu rasa macam buruk tapi bila tengok dalam gambar, nampak lawa pulak, hee~


Ragam anak-anak Pn. Noraini :)



6. Keluarga yang gather kat Kulai ni selalunya keluarga yang mempunyai anak yang masih kecil atau yang belum berkahwin. Keluarga yang sebilangan besar anaknya sudah berkahwin, diorang dah ada keluarga sendiri so tak dapat nak gathering bersama. Jadi, inilah yang ada masa raya pertama kat Kulai tuu (:


Sepupu ;)


Testing-testing camera~


Cucu dan cicit keluarga atuk Fatimah (:


All gather together. Senyum!

7. Lepas photography session, maka bermulalah sesi beraya. Rumah paling banyak pergi, off course time first day raya. Walaupun penat beraya ke sana ke mari, duit raya banyak dapat time raya pertama ni, hoho~

8. Oh yea, masa raya kedua malam, sempatlah kitorang satu family pergi jalan-jalan dekat bandar Johor Bahru. JB Sentral paling terbaik kowt, sangat-sangat besar, kalah Terminal Bersepadu Selatan dekat KL tuu. Before that, kitorang berjalan-jalan dekat Plaza Angsana. Hahh, malam tu jugak, kitorang sempat berhenti betul-betul menghadap Singapore. Dapatlah jugak melihat Woodlands Checkpoint dari jauh. Dalam ramai-ramai, Arib dengan mak Arib jea dah pernah pergi Singapore, yang lain belum pernah lagi. So bagi lah peluang kat adik-adik ni tengok Singapore dari jauh. Bila dah ada passport nanti, kita pergi sana yea (:

9. Lepas jalan-jalan dekat JB, malam tu berkesempatan untuk berjalan-jalan di Danga Bay. Malam tu jugak, Arib berpakat dengan adik-adik semua share duit RM10 untuk sewa basikal 4 roda. Haha, rasa macam pelancong pulak bila dah naik basikal tuu. Paling kesian, si kaki mengayuh laa. Penat kowt, haha. Btw, memang sangat enjoy time dekat Danga Bay tu (:



10. Raya ketiga, beraya dengan family sebelah ayah. Sempat jumpa sikit jea sebab family kitorang beransur petang raya ketiga tu. Banyak rumah yang wajib beraya kena beraya lepas tu then balik KL keesokan harinya. Kalau stay sampai malam confirm meriah.

11. Raya keempat dekat Batu Pahat. Memandangkan raya keempat tahun ni hari Jumaat, so sempatlah jugak solat Jumaat dekat sana. Pastu jalan-jalan pergi The Summit Batu Pahat, cari DVD Windows Vista sebagai tools 'startup repair' untuk baiki laptop mak yang rosak. Lepas selesai urusan apa semua, maka pulanglah semula ke Kuala Lumpur, huhuu~

Update #1: Kenapa tahun ni tak rasa macam raya? =.=
Update #2: Tahun ni paling jarang saya dengar lagu raya. Serius.
Update #3: Raya tahun ni saya tak pergi Singapore. huwaa~
Update #4: Tahun ni saya buat 2 edisi personal e-Kad Raya. Satu untuk asrama dan satu untuk semua, woohoo! *tahun ni tak dapat nak buat e-Kad Raya Flash Version. Banyak kerja lain yang patut kena buat =.=


e-Kad Raya Arib Ismail Untuk Warga Asrama Kompleks Seri Bintang


e-Kad Raya Arib Ismail Untuk Semua Tahun 2011

Update #5: Tahun ni paling banyak tweeting berbanding SMS time raya. Ini senjata penting sepanjang beraya di kampung, hohoho~


N97 mini tu bibik punya. Dia kasi pinjam. Bukan saya punya, huhuu~ *Bibik lagi maju dari aku =="

Update #6: Terima kasih Amanz Network! *okay fine, hanya voucher diskaun, haha.


Update #7: Kini terjalin semula ;")


Sekian sahaja untuk kali ni. Nantikan update mengenai Malaysia IT Fair dan Bookfest 2011! Terima kasih kerana membaca! Sekian, wassalam (:

Tentang Penulis
Seorang yang suka dengan dunia komputer dan gadget. Berpengalaman luas dalam dunia telefon bimbit. Ikuti beliau di Twitter: @aribismail dan Facebook: Arib Ismail untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan dunia IT.

0 Comments:

Post a Comment

 
Arib Ismail © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top