• Click here to read my personal stories.
  • Click here to read my technology review like Windows 7 and Symbian smartphones.
  • Here is my review about Events like PIKOM PC Fair, GoMobile Expo and Kuala Lumpur International Book Fair.

Diariku: Lagu Wilayah Persekutuan Dah Tukar? Oh!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Semangat Hari Wilayah masih lagi terasa. Mungkin ada yang sudah sedia maklum, lagu rasmi Wilayah Persekutuan yang baru, Maju dan Sejahtera telah diubahsuai dan dilancarkan pada 28 Januari 2011 yang lalu. Apakah? Ketahui kupasan lanjut dengan mengklik 'read more'.


Sebagai warga Wilayah Persekutuan, Arib rasa terpanggil untuk buat post ni. Arib hairan, kenapa lagu Maju dan Sejahtera versi yang sebelum ini ditukar? Pada Arib lah kan, lagu Wilayah Persekutuan yang sebelum ini lebih baik dan melodinya lebih menarik. Serius, sebelum nak nyanyi lagu Wilayah Persekutuan versi sebelum ni rasa semangat semacam jew. Tup tup dapat makluman yang lagu Wilayah Persekutuan, Maju dan Sejahtera telah ditukar lirik dan melodinya. Lagu Wilayah Perseketuan yang sebelum ini juga Arib merasakan lagu tersebut mempunyai kekuatan melodi dan klimaknya mampu menyentuh jiwa orang yang mendengarnya.



Maju dan Sejahtera (2006-2010)

Harmoni Wilayah Pertiwi
Semoga Sentiasa Diberkati
Wawasan Hala Pembangunan
Sebagai Semangat Perpaduan
Wilayah Persekutuan
Maju dan Sejahtera (2x)

Mungkin selepas ini, Arib dan warga Wilayah Persekutuan yang lain tidak lagi menyanyikan lagu Maju dan Sejahtera versi di atas ini. Kalau pihak sekolah sudah menerima salinan lagu Wilayah Persekutuan yang baru ini, bermakna, perhimpunan rasmi pagi yang lepas merupakan kali terakhir warga sekolah di Wilayah Persekutuan menyanyikan versi di atas dan akan menyanyikan lagu versi yang baru pada acara perhimpunan rasmi yang seterusnya.



Maju dan Sejahtera (2011-Kini)

Inilah Wilayah Bumi Yang Bertuah
Maju Membangun Dijulang Megah
Aman Sentosa Di Sepanjang Masa
Teguh Disemai Sentiasa

Membara Semangat Setiap Warganya
Cergas Mindanya Semangat Waja
Pada Wilayah Ditumpah Setia
Hormat Hormati Penuh Mesra

Bersatulah
Berbaktilah
Semua Warga Wilayah

Sayangilah
Lindungilah
Sepenuh Jiwa Raga

Kita Jaga Keharmonian Semua
Maju Sejahtera
Wilayah Persekutuan

Jadi, apa pendapat anda tentang lagu rasmi Wilayah Persekutuan yang baru ini?

Nota Arib: Saya rindu dengan Lirik dan Melodi lagu Wilayah Persekutuan yang sebelum ni :'(

Tentang Penulis
Seorang yang suka dengan dunia komputer dan gadget. Berpengalaman luas dalam dunia telefon bimbit. Ikuti beliau di Twitter: @aribismail dan Facebook: Arib Ismail untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan dunia IT.

0 Comments:

Post a Comment

 
Arib Ismail © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top