• Click here to read my personal stories.
  • Click here to read my technology review like Windows 7 and Symbian smartphones.
  • Here is my review about Events like PIKOM PC Fair, GoMobile Expo and Kuala Lumpur International Book Fair.

Tutorial: Serlahkan Handphone Anda Dengan Java Games

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ;D

Hello hello semua! Aduh, lama betul tak update blog. Sorry sangat-sangat kepada korang yang mengikuti blog ni. Hurmm, bosan betul cuti ni. Nak keluar, huhh, duit kena korban, so baik duduk kat rumah. Duduk kat rumah, alahai, sama jew hari-hari. Tapi kan, hari ni lain sikit. Tiba-tiba banyak masa pulak dengan handphone. Bukan message, bukan call, bukannya buat apa but melayan perasaan bosan dengan main game kat dalam handphone ni. Kejap handphone ni terbalik ke sana, kejap terbalik ke sini, main game kereta lah katakan. Vroom vroom memecut. Last-last dikejar polis, haha. Klik 'read more' untuk seterusnya!


Argh, tidak! Kereta polis kejar! Cepat pasang nos, vroom vroom! Alamak, busted pulak dah, adoi. Haha, best kan game yang Arib main ni? Okay, sebenarnya dalam post kali ni Arib nak bagi sedikit info bagaimana nak serlahkan handphone korang dengan java games. Korang ada handphone canggih-canggih takkan guna message dengan call kowt kan? So, apa kata kita up kan sikit handphone kita tu dengan Java Games ni.

Before that, korang pernah tengok tak kedai handphone yang jual Java Games ni. Untung tak diorang kalau satu Java Games yang diorang masukkan berharga RM5? Lepas korang tengok tutorial ni, sah sah korang rasa kedai tu 'cekik darah'. Sebabnya, benda ni sebenarnya mudah jew nak buat. So apa lagi, jom kita tengok cara-caranya, jeng jeng jeng!

1. Pastikan Handphone Anda Mempunyai Java

Hahh, pertama sekali yang paling panting ialah korang mestilah mempunyai handphone yang support Java application. Nak tentukan senang jew, kalau korang guna handphone Nokia atau Sony Ericsson yang ada colour screen dan boleh akses internet, maknanya ada Java la tu. Handphone brand lain korang boleh rujuk di gsmarena.com untuk mengenal pasti sama ada handphone korang tu support Java atau tak. Korang search dulu model handphone korang tu kat situ and then, website tu akan tunjuk information mengenai spefikasi handphone korang dari A sampai Z. Dalam step ni, korang lihat di ruangan Java.


2. Tentukan Resolusi Skrin Handphone

Okay, first sekali yang korang perlu tahu ialah resolusi skrin handphone korang tu. Bagi yang tidak tahu, korang boleh bukak website gsmarena.com. Sama seperti di step 1, search model handphone korang tu kat situ and then, website tu akan tunjuk information mengenai spefikasi handphone korang. Dalam bab ni, korang tengok bahagian 'Display'. Kat situ nanti korang boleh tahu resolusi skrin handphone korang tu.


3. Cari Games Yang Anda Mahukan

Hahh, kat dalam dunia ni memang banyak pilihan Java Games ni. Ikut korang lah korang nak main game apa. Apa yang penting, korang perlu tahu tajuk Java Games tersebut. Kalau korang tahu, okay. Kalau rasa susah sangat, korang boleh rujuk majalah yang ada iklan download untuk handphone tuu.


Dan sebagai contoh dalam post ni, Arib pilih game Zuma. Yeah, mesti ada di antara korang pernah main game Zuma ni kat PC. Kalau main kat handphone, mesti best kan? Zuma!


4. Muat Turun Java Games Pilihan Anda

Hah, dah tahu nama game dan resolusi handphone korang, kita masuk proses muat turun. First sekali korang perlu bukak 4shared.com. Hah, kat situ korang boleh search banyak Java Games. Yang ni formula yang korang perlu ingat untuk search Java Games.
(Nama Game) (Resolusi Skrin) .jar
Okay, Arib ambik contoh tadi. Arib nak download game Zuma dan resolusi handphone Arib ialah 240x320. Maknanya, Arib kena search macam ni.


Hahh, dah search tuu, korang boleh tengok search results yang dipaparkan. Arib recommend kan untuk korang pilih search results paling atas.


Dah klik salah satu search results tu, klik 'Download Now'.



Okay, lepas jew klik 'Download Now', korang kena tunggu masa yang diberi and then baru boleh download ;)


5. Transfer ke Handphone, Install dan Enjoy!

Habis jew download kat situ, hahh, apa lagi, masukkan Java Games yang didownload tadi ke dalam handphone, wohoo! Arib recommend korang transfer file Java Games yang didownload tadi melalui memory card atau Bluetooth. Untuk memory card, korang boleh simpan file Java Games tadi tu ke dalam folder kat memory card tu. Pastu, masukkan memory card dalam phone dan akses file Java Games tu melalui file manager handphone korang tu. Untuk Bluetooth, kalau PC atau laptop korang ada Bluetooth ni, korang boleh hantar file Java Games direct ke handphone, lagi senang, tak payah nak cucuk apa-apapun. Hahh, kat bawah ni game Zuma yang Arib download untuk handphone Arib, yayy!


Tips: Kalau korang ada subscribe internet atau korang punya handphone ada WiFi, lagi senang kalau korang akses 4shared dari handphone korang tu. Download, install, dan play terus-menerus dari handphone. Step sama macam tadi, search guna formula yang Arib bagi kat atas ni.


Melalui tutorial ni, korang tak perlulah terpengaruh dengan iklan kat TV tu. Hantar ON REMPIT ke 32424 lah, ON PUP ke 32882 lah. Caj download entah berapa la kena nanti. So, baik tak payah, membazir.


Hahh, lepas ni korang boleh lah isi masa korang tu dengan Java Games ni. Bukannya apa, time nak tunggu LRT, Bas, mesti bosan kan. Paling parah, tunggu KTM yang macam siput nak sampai, huhuu. So dengan Java Games ni boleh lah jugak korang hilangkan rasa bosan tu dan sekaligus reduce rasa menunggu, hee.


Okaylah, setakat itu sahaja untuk post kali ni. Terima kasih kerana membaca! Hee, sekian, wassalam.

Editor: Ingat lagi, ramai kawan-kawan senior mintak tutorial ni masa Arib form 2. Diorang dah tau, habis semua game diinstall dalam phone. Game bola lah, game kereta lah. Ada satu hari tu, time tu dalam dorm kat asrama, disebabkan senior Arib ni terlalu khusyuk main game dalam phone dia, dia tak perasan warden ada kat sebelah. So apa lagi, MARI SINI HANDPHONE KAMU!

Tentang Penulis
Seorang yang suka dengan dunia komputer dan gadget. Berpengalaman luas dalam dunia telefon bimbit. Ikuti beliau di Twitter: @aribismail dan Facebook: Arib Ismail untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan dunia IT.

0 Comments:

Post a Comment

 
Arib Ismail © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top