• Click here to read my personal stories.
  • Click here to read my technology review like Windows 7 and Symbian smartphones.
  • Here is my review about Events like PIKOM PC Fair, GoMobile Expo and Kuala Lumpur International Book Fair.

Events: GoMobile Expo 2010, Day 2

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera :)

Yuhuu! Hahh, semalam Arib telah pun berkesempatan untuk mengunjungi ke GoMobile Expo 2010 hari ke-2 yang diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre. Yeah, ini merupakan kali ketiga Arib ke acara tahunan GoMobile Expo sejak penubuhannya pada tahun 2008. Yeap, GoMobile Expo ni diadakan setahun sekali jew. Okaylah, best ke GoMobile Expo 2010 ni? Jom klik 'read more' untuk selanjutnya!


GoMobile Expo merupakan expo telefon bimbit dan peranti mudah alih tahunan yang dianjurkan oleh majalah Mobile World. GoMobile Expo menjadi satu platform kepada pengguna dan peminat gadget 'mobile' untuk mendekati dunia gadget mudah alih seperti telefon bimbit, komputer tablet, dan sebagainya. Melalui pameran seperti ini, kebanyakan pengeluar memberi peluang kepada peminat gadget dan pengunjung untuk mencuba sendiri gadget-gadget tersebut.


Bagi peminat smartphone, datang la kat booth HTC ni, hee. *Phone HTC yang guna Windows Phone 7 belum ada lagi -,-


Apa yang best, banyak Samsung Galaxy S diberi peluang untuk dicuba kat sini, hehe.


Samsung Galaxy 5! Nak sangat phone ni, comel jew tengok. Hishh, geram! Nak satu! *mustahil nak dapat -,-

Dari segi keseluruhan pameran, sejujurnya Arib mengatakan GoMobile Expo 2010 tidak semeriah seperti GoMobile Expo 2009 dan 2008. Sebabnya tahun ni tiada pentas utama di ruang pameran GoMobile Expo 2010. Kalau ada, boleh la jugak dengar DJ huha huha, mengadakan contest dan bagi free goodies kepada pengunjung, nampak riuh sikit, hehe. Yeap, tahun ni free goodies kurang sangat sangat. Tahun lepas dapatlah jugak beg GoMobile Expo untuk dibawa pulang. Serius, tahun lepas banyak sangat free goodies yang Arib dapat. Jalan kat situ, dapat free goodies. Jalan kat sini dapat free goodies. Tahun ni? Huhh, tak dapat apa-apapun -___-


Mana pentas? Alaa, tak boleh lah nak masuk contest lagi -____-


Booth Maxis, yeahh! Kat sini banyak gadget diberi peluang untuk di test test, hehe.


Booth buah beri hitam. *Pergi booth ni confirm test test jew, haha -___-


Hehe, saya sudah cuba BlackBerry Torch. Anda? *cehh, bangga -___-

Sama jugak dengan booth Nokia, tahun ni diorang tak menyediakan tempat contest dekat booth diorang. Tahun lepas, kat booth Nokia ada ruangan nak buat contest ni. Setiap jam jew, mesti diorang akan buat satu contest. Tahun ni? Huhh, apa yang ada hanyalah sekadar booth seperti kedai menjual handphone biasa. And then, tahun ni suasana penjual kat booth pun nampak senyap jew, masing-masing macam bisu. Tak macam tahun lepas, jalan jew kat booth mana mana, dah macam pasar. "Buy one free one, buy one free one! Lelong lelong!" Haha, masing-masing mempromosikan produk 'mobile' mereka, ini baru Expo namanya.


Aiyaa, Nokia. Asal booth 'simple' sangat? Mana booth macam tahun lepas? -,-


Nokia N8! First time dapat merasa Nokia N8 ni, hee. *warna hitam lagi lawa -,-


Testing kamera, hehe. *ye, saya tahu model kat dalam phone tu tak hensem -___-

Hahh, jom kita tengok gambar kat bawah ni, hee.


Booth Kaspersky pun ada? Yelaa, sekarang ni handphone pun ada virus jugak kan -,-


iPod, iPod, dan iPod, whoaaaa~


Yeah, netbook RM799. Yang warna putih tu nampak menawan, nak satu! *Cukuplah dah ada satu, haihh.


Hahh, ni lagi murah, Goozee Netbook, RM459. *alaa, hard disk dia berapa kerat jew boleh isi barang -,-

Okay, antara gadget yang mendapat perhatian kat sini ialah Samsung Galaxy Tab. Kat booth Maxis ada dua, kat booth Samsung ada empat Samsung Galaxy Tab. So, dapatlah jugak Arib mencuba Samsung Galaxy Tab ni, hehe. Hahh, Arib tengok lah kan, GoMobile Expo tahun ni diorang banyak tumpukan kat komputer tablet. Pergi kat booth biasa pun dan ada jual peranti seperti iPad iaitu aPad (Android Pad). Harga pun boleh tahan, lagi murah dari iPad, cuma RM699. Kat booth CSL pun ada jugak, diorang promosikan DroidPad.


Samsung Galaxy Tab yang superb menawan. *Bila nak dapat satu nih? Entahlah, mustahil -,-


Yeah, Arib's Blog kini sudah ditawan oleh Samsung Galaxy Tab! *comel pulak tengok Domo tuu, haha :D

Dan apa yang berlainan kat GoMobile Expo 2010, pameran tahun ni ditambah dengan ruangan Phone Museum. Yeah, kat sini korang boleh tengok lah bagaimana rupa phone masa zaman dulu. Phone yang macam kat cerita P.Ramlee ada, Nokia 3310 ada, phone Nokia Butterfly (Nokia 8250) ada, phone nak baling anjing pun ada jugak, hehe. Selain dipamerkan phone zaman-zaman dulu, korang boleh baca info sejarah penubuhan phone dekat ruangan Phone Museum ni, hee.


Ruangan Phone Museum :) *Terima kasih kepada Muzium Telekom.


Kalau tak silap, phone ni dulu diletakkan dalam kereta. *besar ouhh!


"Ollowww. Ehh, hello. Sape kat sana?" *Memang style kalau ada satu kat rumah, hehe.


Nokia three-three-ten, OHH! Ingat lagi masa tadika main game Space Impact kat phone ni :')


Baling anjing memang sedap nihh, haha. *gelak jahat -__-

Sebelum melangkah keluar dari ruang pameran GoMobile Expo 2010 ni, tiba-tiba ada sorang mamat ni datang pastu dia cakap, "Nak masuk contest tak?". Ouhh, contest? Yeah! Ingatkan dah tak wujud lagi contest contest kat sini. Okay, apa yang diperlukan, Arib perlu menangkap 5 gambar logo Samsung dengan menggunakan Samsung Galaxy S. Fuhh, memang nervous, bagi masa 30 saat jew, dah lah Samsung Galaxy S kalau lepas tangkap gambar nak tekan back respond slow sikit. Last last, akhirnya dapat jugak buat. Dan apa yang Arib dapat ialah, jeng jeng jeng. Bukan satu tau, tapi dua, hee.


Haihh, Samsung Galaxy S, nak tekan back respond slow sikit. *maybe tak biasa kowt -,-


Jeng jeng jeng! *cehh, muka macam "saya menang motor" jew , haha -___-

Haha, okay, bagi yang masih belum dapat pergi ke GoMobile Expo 2010, memandangkan hari ni dah hari Ahad, korang boleh datang ke sini sebelum pukul 9 pm yang bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre. Yeah, memang rugi tak datang, hehe. Apa yang penting, masuk adalah percuma!

Okaylah, sekian sahaja untuk kali ni. Terima kasih kerana membaca! Sekian, wassalam.

Editor: Hari ni pergi GoMobile Expo lagi dengan Nasif , hee ;D

Tentang Penulis
Seorang yang suka dengan dunia komputer dan gadget. Berpengalaman luas dalam dunia telefon bimbit. Ikuti beliau di Twitter: @aribismail dan Facebook: Arib Ismail untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan dunia IT.

0 Comments:

Post a Comment

 
Arib Ismail © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top