• Click here to read my personal stories.
  • Click here to read my technology review like Windows 7 and Symbian smartphones.
  • Here is my review about Events like PIKOM PC Fair, GoMobile Expo and Kuala Lumpur International Book Fair.

Peribadi: Konklusi Minggu Ini - Minggu Akademik

Asssalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Minggu ni merupakan minggu yang paling banyak benda kena hafal kat sekolah. Tambahan lagi kat sekolah ada minggu akademik. Jadi, banyak lah yang nak kena hafal: sajak, oral text, dua lirik lagu. And minggu ni jugak lah mama datang kat sekolah. Apa-apapun, Arib tetap enjoy dengan minggu ni sebab ada banyak pertandingan, wee~ :D



Isnin, 26 April 2010.

Pagi tu kena baca sajak sempena minggu akademik kat depan 900 orang pelajar. Woah, nervous teramat sangat, dah lah kena deklamasi kat atas pentas =.=" Sebelum tu, Arib buat satu perkara pelik sikit kat pentas haritu. Yang tahu mungkin perasan kowt. Disebabkan ramai yang tanya "Bila PKHEM nak sampai?", Arib terpaksa menjawab soalan tu dihadapan semua pelajar dan guru.

"Yang berusaha, Tuan Haji Khailani bin Abdul Jalil, Pengetua SMK Segambut Jaya. Yang dihormati, Pn. Amalina bt. Abdul Razak, Penolong Kanan Takbir. Pn. Noraini bt. Abdul Manan, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, yang dijangka tiba pada hari Khamis nanti, Insya'Allah. [Terdiam kejap, cikgu yang lain berbisik antara satu sama lain]. Pn. Siti Rakiah bt. Sheikh Zahari, Guru Penolong Kanan Kokurikulum. Barisan guru kanan bidang, guru cemerlang, guru-guru dan rakan-rakan yang dikasihi."

Hahh, seriously semua cikgu rasa pelik sebab mama tak sampai lagi kat sekolah tu. Student yang lain, tak perasan sangat except form 4 aliran agama, semua dah start kecoh, haha :D

Hari Sabtu haritu time Hari Sukan Sekolah habis, ada satu cikgu tu suruh present Sajak masa hari Isnin nanti. Balik rumah terus cari sajak yang berunsur keilmuan dekat internet dan akhirnya dapat jugak :D Inilah sajak yang Arib deklamasikan masa perhimpunan pagi hari tu sempena dengan Majlis Pembukaan Minggu Akademik :)

Cangkir Ilmu
Karya Sutera Biru

Cangkir ilmu
lambang perjuangan
insan yang dahagakan ilmu
dalam pengembaraan hidup
di padang pasir kehidupan kering kontang

Cangkir ilmu
kami menadah cangkir yang kosong
bersih dan suci
dengan tulus nawaitu
mencari redha Allah
supaya ilmu yang bertakung
memenuhi cangkir ini
agar dapat diteguk
sebagai pemusnah dahaga kejahilan
menyemarakkan tenaga keimanan

Cangkir ilmu
datang daripada hati suci yang menandah
datang daripada jiwa jernih yang mencurah
bila diteguk sejuk bersalju
terasa resapan din keseluruh tubuh
mencetus rohani taqwa
menjana minda bijaksana
meletuskan jiwa merdeka
memperkasa zahir bertenaga
melantangkan suara bicara
agar Allah dan Rasul-Nya
dijulang setinggi angkasa raya

Cangkir ilmu
antara kejahilan dan wahyu
antara jahat dan jihad
antara redha dan paksa
antara surga dan neraka
pilihan di tangan anda...


Rabu, 28 April 2010.

Hari ni tibalah giliran Arib buat oral English. Tajuk oral yang bentang masa tu bertajuk 'Why Do I Love The Windows 7?". Haha, taksub betul la Arib ni, sampai oral pun nak komputer jugak. Yelaa kan, teacher sendiri yang cakap buat oral 'benda apa yang paling dekat di hati kamu'. So, Windows 7 is the thing that close to my heart :)

Petang pulak, ada pertandingan sajak Bahasa Melayu. Sajak yang Arib pertandingkan masa tu, Arib guna balik sajak Cangkir Ilmu yang Arib present masa hari pembukaan minggu akademik.

Khamis, 29 April 2010.

Lepas balik solat subuh, terus ambik MP3 Player, naik atas katil dan hafal lagu My Way sebab pertandingan Singing Competition berlangsung pada hari Khamis tu. Arib masuk competition ni pun suka-suka jew, tak terniat pun nak menang, suara dah lah macam katak =.=" Before Arib cerita pasal singing competition, ada sesuatu yang berlaku pada hari ni. Cubab ingat balik apa yang Arib cakap hari Isnin tu.

7.15 am, semua pelajar asrama mula bergerak ke sekolah. First sekali yang Arib tengok masa menuju ke sekolah tu ialah garage kereta PKHEM. Fuhh, nasib baik lah ada kereta Perodua Viva kat, maybe mama tak datang lagi kowt. Tengok kat sebelah tempat parking van sekolah, Arib nampak kereta Perdana mama, oh tidak! Masa tu Arib mula mendiamkan diri. Student form 4 yang lain dah start bising.

"PKHEM dah sampai ke belum?"

"Hmm..."

7.20 am, perhimpunan pagi bermula. Masa tu, Arib nampak kelibat mama dekat tingkat satu. Tak lama macam tu mama turun ke bawah menuju ke 'susur gajah' di mana tempat guru duduk semasa perhimpunan pagi biasa. Student lain dah mula perasan ada cikgu baru, semua tanya Arib, waaa~ :O

"Eh, tu mak kau ehh?"

"Hmm..."

**************************************************

Pukul 1.10pm, Arib kena keluar kelas kejap sebab singing competition tu start masa tu jugak. Tak silap, masa tu masa Biology, aiyoo =.= Okay, masa singing competition tu Arib dapat giliran yang ketiga. Lagu still tak tau nak pilih lagu mana, antara My Way atau Hey Soul Sister dari kumpulan Train. Last2, perform lagu medley, dua-dua lagu Arib nyanyi. First, My Way rasa okay jugak lah, semua penonton dan cikgu nampak terhibur jew. Start masuk lagu Hey Soul Sister, semua dah rasa macam malas nak tengok sebab lagu tak pernah dengar.

Habis jew Arib nyanyi, Arib terus rush pergi kelas balik. Fuh, nasib baik lah waktu pertama Biology tak habis lagi, kalau tak susah pulak nak catch up. Pukul 2.20pm, loceng berbunyi menandakan sesi persekolahan kelas form 4 sesi sudah tamat. Wah, lepas ni ada pertandingan sajak geografi, dah lah start pukul 2.30. Apa lagi, Arib terus lari pergi surau and then datang sekolah balik. Aiyoo, masa tu dah lah menu kat dewan makan tengah sedap, Nasi Ayam, senang-senang jew Arib skip =.=" Masa nak pergi surau tu, Miss Gan panggil Arib dekat bilik guru.

"Arib, nanti awak perform lagu My Way next Monday boleh?"

"Where teacher?"

"School assembly :)"

Woah, nak suruh nyanyi kat depan semua orang? Aiyoo, lagi bertambah lah penyakit 'parkinson' ni. Ehh jap jap, nape lah Miss Gan suruh nyanyi lagu My Way hari Isnin nanti erk? Sampai sekarang still tak tau nape =.="

Pukul 2.35pm, Arib terus menuju ke bilik pusat akses kendiri geografi. Nasib baik lah masa tu cikgu yang menilai baru nak pergi bilik tu. Huhh, tak tau nak deklamasi sajak apa masa tu, last2 pinjam seorang budak form 2 punya buku, buku yang mengandungi koleksi sajak hasil karya Rahman Shaari. Belek-belek dan terjumpa lah sebuah sajak yang berunsurkan flora dan fauna.

Jumaat, 30 April 2010.

Hari Jumaat tu ada pertandingan kawad kaki peringkat sekolah. Arib tak masuk pun, malas pulak berkawad ni. Pembelajaran pagi tu seperti biasa, semua cikgu masuk except masa mathematics. Bilangan pelajar dalam kelas masa tu pun ramai jugak. 12.30pm waktu persekolahan tamat, balik dorm tukar selipar dan naik bas menuju ke masjid Manjalara.

Memandangkan hari Jumaat hari tu merupakan minggu balik, semua pelajar asrama dibenarkan pulang bermalam di rumah. Hari Jumaat tu lah Arib kena balik dengan mama. Before balik, singgah lah pergi office jap. Sementara mama tengah siapkan kerja, sempat la jugak Arib online kejap. First sekali mesti lah check blog. Terpaku kejap bila bukak blog Shu, dia kata dia dapat SMS Kuala Selangor. Wahh, untung betul dapat masuk SBP even permohonan SBP dah tutup. Tapi rasa sedih pulak, dah best best hidup kat SBU tup tup kena pindah.

Petang tu Arib tak terus balik ke rumah tapi sebaliknya singgah kat SBU. Mama kata dia nak siapkan kerja-kerja kat SBU ni. Masa tu, Arib stay dekat Bilik Guru 6, online macam biasa. Disebabkan internet laju berdesup, sempat lah jugak download Adobe Photoshop CS5 & Ubuntu 10.04. 6.45pm, barulah balik ke rumah. Masa nak masuk kereta petang tu, kereta mama dah dipenuhi dengan hadiah sempena majlis perpisahan mama. Terharu jugak bila baca sekeping kad yang ditujukan kepada mama.

Sabtu, 1 Mei 2010.

Selamat Hari Bekerja! Hah, hari ni Arib kena pergi Pertama Complex sebab ada seorang kawan Arib ni kirim belikan handphone. Masa tu Arib terpaksa berjalan seorang diri sebab 2nd adik pergi tengok Iron Man dengan kawan dia. Hmm, tak pe la, jalan sorang-sorang pun best jugak. Arib sampai kat Pertama Complex tu kira-kira pukul 12.10pm. Jalan punya jalan akhirnya Arib dapat cari phone yang kawan Arib kirim tu. Runding harga itu ini dapat lah Sony Ericsson W660i dengan memory card 1GB dan charger berharga RM240 ;) Apa yang penting, before beli, survey handphone tu dulu sebab kat sini memang kena hati-hati. Tersilap beli, no money guaranteed!

Ahad, 2 Mei 2010.

Pagi ahad ni kena ikut mama pergi SBU, adik-adik pun ada sekali sebab semua dah rindu dengan internet. Kalau nak main internet kat rumah kena topup phone guna duit, dah lah selalu disconnect, geram betul. Post ni ditulis pun masa Arib kat SBU sekarang ni, whoaa~ :D

Sekian sahaja diari Arib untuk minggu ni. Hah, kepada yang masih bersekolah tu, study betul-betul, mid-year exam dah nak dekat ni :) Wassalam.

Editor: Haishh, mid-year exam dua minggu lagi =.="

Tentang Penulis
Seorang yang suka dengan dunia komputer dan gadget. Berpengalaman luas dalam dunia telefon bimbit. Ikuti beliau di Twitter: @aribismail dan Facebook: Arib Ismail untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan dunia IT.

 
Arib Ismail © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top